Friday, 18 November 2016

1.0 PENGENALAN
Keusahawanan ini sebagai seorang usahawan, yang boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi”. Menurut Hisrich dan Peter (1995) meneangkan perkataan entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud memikul tugas, tanggungjawab atau mencuba. Pada asalnya definisi ini merujuk kepada rakyat Perancis yang mengetahui ekspedisi militari. Sehingga pada tahun 1700-an, definisi ini diperluaskan penggunaannya yang meliputi kegiatan kontraktor binaan, militari atau projek-projek awam.
     Menurut Gartner (1989) keusahawanan ialah proses penciptaan sesebuah organisasi. Kuratko dan Hodgetts (1995) pula menghuraikan definisi usahawan sebagai penciptaan usaha niaga baru melalui empat dimensi utama iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses yang dibantu oleh rangkaian kerjasama dalam kerajaan,pendidikan dan institusi. Menurut Richard Cantillon (1775) pula usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan ia berbeza daripada orang yang mengeluarkan modal. Hornaday dan Bunker (1970) bahawa usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan,membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.
Sejarah keusahawanan bermula pada awal abad ke-18,Richard Cantillon telah membangunkan teori-teori awal mengenai usahawan dan diiktiraf sebagai tokoh istilah tersebut. Beliau telah membuat pemerhatian dan mendapati saudagar,petani,tukang dan pemilik tunggal beli pada harga lain dan jual pada harga lain iaitu beroperasi dengan risiko. Cantillon menggunakan istilah ‘entreprendre’ bagi merujuk seseorang itu sanggup mengambil risiko dalam mengejar peluang-peluang yang ada.Seorang lagi ahli ekonomi Peranchis, Baudeau (1730-1790), telah menghasilkan konsep yang lebih maju tentang keusahawanan.Beliau telah menyatakan bahawa usahawanan dilihat sebagai seseorang yang telah melakukan inovasi.
Pada abad ke-19, Jean Baptise Say (1767-1832), seorang Profesor dalam bidang ekonomi berbangsa Perancis telah membantu mempopularkan teori Cantillon tetapi tanpa melihat risiko atau ketidaktentuan sebagai punca terhadap bagaimana seseorang usahawan itu berfungsi.Pada awal abad ke-20, keusahawanan Cuma dilihat dari perspektif ekonomi. Keusahawanan dipercayai masih tidak berkaitan dan berlainan dengan pengurusan. Pada pertengahan 1930-an pendapat atau idea usahawan sebagai mereka yang melakukan inovasi telah mula bertapak.Pada tahun 1960-an,David McClelland mencadangkan bahawa kunci kepada peribadi keusahawanan itu terletak pada motivasi kejayaan. Pada masa kini, kebanyakkan universiti tempatan telah menawarkan kursus keusahawanan atau perniagaan kecil dan sederhana mengikut fakulti atau jabatan masing-masing. Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan salah satu universiti yang menawarkan program keusahawanan secara komprehensif untuk pelajar ijazah pertama dan sarjana. Selain itu ,Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan lain lain universiti turut menawarkan kursus keusahawanan.
  
  
2.0 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
Usahawanan yang berjaya dapat dibezakan daripada individu yang lain. Usahawanan dikatakan mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik, hebat serta mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi –fungsi keusahawanan dengan berkesan. Usahawanan perlu mempunyai ciri-ciri dinamik dan optimistik terhadap peluang yang ada.
2.1 PROAKTIF (PROACTIVE)
   Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan. Usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Seorang usahawan perlulah untuk bersikap dengan sikap proaktif, ini kerana, sikap proaktif ini berfungsi sebagai satu langkah yang lebih daripada usahawan lain, ini akan membezakan seseorang usahawan yang berjaya dengan seorang usahawan yang gagal atau usahawan lain. Jika seseorang usahwan itu memiliki sikap proaktif maka itulah yang membezakan usahawan itu dengan usahawan lain.
   Tokoh keusahawanan yang proaktif boleh dikaitkan dengan tokoh yang bernama Tony Fernandes. Beliau adalah pengasas kepada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Syarikat Air Asia telah mengalami masalah yang mana syarikat tersebut terpaksa menanggung hutang sebanyak RM 40 juta. Tony telah mengambil langkah proaktif bagi memulihkan syarikatnya yang sedang dalam bahaya dengan melaksanakan satu proses pemulihan bagi memulihkan kewangan syarikat Air Asia miliknya dan beliau berjaya mencapai keuntungan yang pertama selepas 7 bulan syarikat tersebut beroperasi. Langkah proaktif yang di ambil oleh tony telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya mewujudkan satu syarikat penerbangan tambang rendah atau berkos rendah yang paling berjaya. Akibat tindakan beliau itu, beliau telah menjadikan syarikat tersebut sebagai satu-satunya syarikat yang penerbangan antarabangsa yang menawarkan penerbangan tambang rendah.Hal ini demikian kerana beliau berfikiran bahawa masalah ini boleh diatasi jika usaha diri sendiri dan selalu bergerak aktif untuk mencari jalan penyelesaian samada meminta bantuan orang luar atau dengan kemampuan diri sendiri.
Tony Fernandez


2.2 RANGKAIAN (NETWORK)
Rangkaian  adalah satu ciri yang perlu ada dalam  perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Rangkaian bermaksud mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan juga perniagaan dengan rakan niaga yang lain. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Rangkaian amat berguna untuk bertukar-tukar maklumat dan membangunkan hubungan terutamanya untuk melanjutkan kerjaya seseorang. Dengan berinteraksi dengan orang lain, usahawan boleh berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan perniagaan secara interaktif dan sistematik.


Antara usahawan yang mempunyai sifat begini adalah salah satu pemilik hotel yang terkenal sebelum ini iaitu Conrad Hilton (Conrad Hilton, 2015). Beliau merupakan pengasas Hilton Hotel dan kini dia dikenali sebagai Hilton Hotels and Resorts. Pada tahun 1919, apabila pembelian bank jatuh, Hilton telah membuat keputusan dengan membeli hotel pertamanya iaitu Hotel Mobley dalam Cisco, Texas dengan hanya 40 bilik. Perniagaannya telah dijalankan dengan baik sehingga bilik-bilik di Hotel Mobley dibersihkan sebanyak tiga kali sehari. Beliau juga telah menukarkan ruang makan ke dalam bilik tambahan untuk memenuhi permintaan pelanggan hotelnya. Apabila beliau mengetahui bahawa perniagaan hotel tidak  memberikan pulangan dengan pantas, beliau sekali lagi mengambil keputusan untuk membeli dan membina hotel di seluruh Texas, termasuk Dallas Hilton (1925), Hotel Abilene (1927), Hilton Waco (1928) dan El Paso Hilton (1930). Pada tahun 1939, beliau juga telah membina hotel pertama di luar Texas di Albuquerque, New Mexico yang dikenali sebagai Hotel Andaluz.
                                                               Conrad Hilton
                        
 2.3 MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Setiap perniagaan yang dijalankan terdapat risikonya yang tersendiri. Risiko bersifat kuantitatif dan kualitatif serta boleh dipengaruhi oleh pengalaman, prejudis dan politik. Usahawan yang berjaya pasti akan mengambil pelbagai risiko untuk memajukan perniagaan mereka. Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut.
Antaranya Tan Sri Dr. Jeffry Cheah yang berani mengambil risiko yang tinggi untuk memajukan perniagaan mereka iaitu Sunway Holding Berhad. Beliau memegang falsafah ‘tiada apa yang mustahil untuk berjaya’. Pada tahun 1980-an, Malaysia melanda kegawatan ekonomi dan kesannya lebih ketara kerana syarikat beliau mencatat kerugiaan yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Namun begitu, beliau mengambil langkah agar dapat bertahan dalam perniagaan yang diceburinya.
Tan Sri Dr. Jeffry Cheah telah mempelbagaikan perniagaannya dengan menceburi dalam pelbagai sektor, antaranya, pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan. langkah berani beliau mengurangkan kos dan menjual jentera yang tidak diperlukan serta menutup perniagaan yang tidak menguntungkan pada krisis ekonomi Asia tahun 1997. Beliau juga mengurangkan gajinya sendiri dan mengubah gaya hidup yang lebih sederhana bagi mengubah gaya mewahnya sebelum ini. Selain itu,  Tan Sri Dr. Jeffry Cheah mengambil risiko membina Bandar Sunway di kawasan bekas lombong walaupun kurang mendapat kepercayaan dari orang ramai tentang kebolehan membangunkan kawasan di bekas lombong itu. Akan tetapi, beliau berjaya membina Bandar Sunway tersebut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti, pusat pengajian, perhotelan, pusat peranginan, kompleks membeli belah, hospital berteknologi tinggi serta kawasan perumahan yang unggul dan sebagainya.

Tan Sri Dr Jefrry Cheah



2.4 TAAT(OBSERVANT)
Taat bermakna keupayaan untuk meramalkan atau tindakan meramalkan apa yang akan berlaku atau diperlukan pada masa hadapan. Dengan mempunyai keupayaan ini, seseorang individu boleh membuat rancangan kemas untuk jangka masa panjang. Dalam proses menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah untuk mempunyai taat. Ini adalah satu nilai yang penting dalam mereka sebagai seorang usahawan kerana ia membolehkan mereka untuk melihat lebih jauh untuk mengembangkan perniagaannya. Usahawan yang tahu bagaimana untuk merancang, menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang adalah usahawan yang mempunyai taat. Kelebihan usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini adalah kemampuan mereka untuk meramal perkara sebelum ia berlaku sama ada perkara itu akan memberikan keuntungan atau kerugian ke atas mereka.
Nilai taat di dalam diri Tan Sri Dato 'Shahril Shamsuddin, yang berusia 54 tahun Malaysia, telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan kepada Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 9 Disember 2011. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan. Tan Sri Dato 'Seri Shahril Shamsuddin adalah seorang usahawan minyak dan gas dan beliau memenangi Malaysia Usahawan Ernst & Young Anugerah Tahun pada tahun 2009. Bermula di 19 kawasan, Shahril yang ketika itu berusia 30 tahun telah mula mengambil Syarikat Ahli kepimpinan bapa beliau.Shahril percaya bahawa untuk mencapai kejayaan yang lebih besar kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada wataknya. Dia membuat bapanya sebagai mentornya.Dia melihat bapanya yang bekerja keras dengan satu matlamat, iaitu untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka, dan ia menjadi dorongan untuk dia menjadi seperti bapanya. Beliau lebih menumpukan kepada kualiti kerja yang dijalankan oleh ahli-ahlinya. Beliau dan ahli-ahli kumpulannya berkumpul dan bertemu tidak berfikir tentang apa perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia. Pada akhir tahun sembilan puluhan, hampir tidak ada pembekal perkhidmatan minyak dan gas syarikat, manakala negara ini adalah pengeluar minyak.
Tan Sri Dato 'Seri Shahril Shamsuddin dan anggota pasukannya telah membentuk satu pasukan yang hebat dan mengisi jurang. Banyak syarikat apabila berminat dalam teknologi maklumat (IT), tetapi mereka keluar dari padang dan memasuki bidang minyak dan gas. (Sapura Kencana terpancut Keuntungan untuk Billionaire Shahril Shamsuddin, 2014) Tidak ramai orang yang memahami perniagaan pada masa itu. Beliau sangat prihatin kerana daripada bidang IT dan akhirnya memilih bidang minyak dan gas yang mempunyai potensi untuk berkembang.
Tan Sri Shahril Shamsudin


2.5 BERWAWASAN (VISIONARY)
Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan ialah mempunyai pendirian tetap atau dalam erti kata lain ialah sesuatu semangat atau kata-kata yang digunakan untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Berwawasan bagi seseorang usahawan pula ialah seseorang usahawan tekad untuk untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam perniagaannya dengan berusaha sedaya upaya demi memastikan perniagaannya berjaya.
Berwawasan adalah salah satu ciri-ciri penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Seorang usahawan yang mempunyai visi yang akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan pertimbangan faktor-faktor luaran seperti cabaran, ancaman dan peluang yang mereka akan hadapi ketika melakukan perniagaan. Visi ataupun wawasan adalah kunci bagi seorang usahawan menyusun atur rancangan jangka pendek mahupun jangka panjang untuk mencapai matlamat dan objektif mereka. (Mahmood et al ,. 2010).
Wawasan adalah keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat dan mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana sesuatu yang akan berkembang di masa akan datang. Ia dapat mempunyai gambaran dalam fikiran usahawan yang betul-betul hasil yang usahawan bercadang untuk menghasilkan. Usahawan berwawasan dapat melihat dengan jelas apa atau perniagaannya akan kelihatan seperti di dalam setiap inci apabila ia selesai. Dengan kata lain, berwawasan bermakna seseorang boleh melihat sesuatu yang akan berlaku lebih jauh sebelum ia benar-benar terjadi.
Contoh usahawan ialah Datuk Wira Dr.Maznah Hamid selaku Pengurusi Eksekutif Kumpuan Securiforce. Datuk Dr.Maznah merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah berjaya menaikkan nama Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia. Beliau kini mempunyai lebih 65 buah cawangan dan memiliki lebih 6,000 kakitangan. Untuk maklumat semua, kini Syarikat Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju.
Datuk Wira Maznah Hamid



 2.6 KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
Kejayaan bukan bermaksud keupayaan untuk memperoleh keputusan yang sentiasa cemerlang, tetapi kemampuan untuk sentiasa memperbaiki diri serta melihat potensi diri dengan cara yang positif. Begitu juga sebaliknya, kegagalan bukan bermaksud menjadi 'gagal' tetapi suatu keadaan yang menggambarkan diri masih belum mencapai sesuatu yang diinginkan. Ini mungkin disebabkan masih kurang berusaha, kelemahan teknik ataupun satu proses untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Kita perlu jadikan kegagalan sebagai perangsang iaitu dengan menjadikan kegagalan lalu sebagai sesuatu yang menguntungkan diri anda. Lihat kepada kesan kegagalan secara positif untuk anda memperbaiki dan menjadi orang lebih bersedia daripada sebelumnya. Oleh itu, jika kejayaan tidak semestinya positif, maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya sesuatu yang negatif. Apa yang penting adalah untuk menangani kegagalan, belajar daripada mereka dan beralih kepada apa yang akan datang tanpa sama sekali mematahkan semangat pasukan anda.
Contoh usahawan ialah  Datuk Wan Mohammad Sani Salleh selaku Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd SUSB. Beliau berumur 33 tahun. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan. Namanya mula dikenali kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa yang tidak pernah mendengar nama Sani Express. Lebih mengagumkan lagi, beliau boleh memiliki 25 bas dalam tempoh sebulan, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan. Bagi permulaan kariernya sebagai seorang usahawan beliau memulakan dari bawah iaitu dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Beliau memilih bas sebagai pilihan untuk dijadikan sebagai sumber utama pencarian rezekinya. Ini kerana semasa zaman kanak-kanak sehingga ke zaman remaja beliau sering menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utamanya. Beliau dapat merasakan apa yang dimahukan oleh pengguna kerana beliau terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan bas ini.
Pada tahun 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Pada mulanya beliau mempunyai dua rakan kongsi namun tidak lama kemudian dua rakannya itu menarik diri menyebabkan dia terkontang-kanting seorang diri. Ketika itu beliau hanya memiliki seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya. Keadaan itu amat getir bagi dirinya kerana pelbagai masalah datang sehingga beliau terfikir ingin menarik diri. Namun berkat kesabarannya beliau berjaya sehingga ke hari ini.
Datuk Wan Muhammad Sani Salleh


2.7 BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
Budaya bebas ini bermaksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika sesebuah perniagaan memasuki pasaran antarabangsa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kebudayaan. Budaya terbuka merujuk kepada konsep di mana pengetahuan harus disebarkan secara bebas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek semasa seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan kerjasama. Setiap usahawan yang berjaya juga perlulah mengamalkan konsep budaya terbuka.
Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Vivy Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang usahawan, selebriti dan ikon sosial untuk beribu-ribu wanita muda di Malaysia. Beliau merupakan pengasas laman web e-dagang FashionValet.com. FashionValet adalah salah satu daripada laman web e-dagang yang menjalankan perniagaan fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia. FashionValet bermula dengan hanya RM100,000 dan telah berjaya dilancarkan pada bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan. Sehingga kini platform ini mempunyai lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia Tenggara. Inspirasi daripada budaya terbuka penduduk UK, beliau sedar bahawa pembangunan teknologi maklumat yang semakin meningkat dengan pesat membuka banyak peluang. Vivy Sofinas Yusof menunjukkan bahawa kepentingan budaya terbuka untuk usahawan. Ia perlu dijadikan sebagai pengajaran terutamanya kepada anak muda yang berminat dalam menjalankan perniagaan dalam talian pada masa hadapan.

Vivy Sofian Yusof

                      
 2.8 HASIL BERORIENTASIKAN (OUTCOME ORIENTED)
Berorientasikan hasil adalah satu istilah yang untuk menggambarkan seorang atau sebuah syarikat yang mementingkan hasil daripada proses iaitu semasa menjalankan sesuatu kita hanya menumpukan perhatian kita terhadap matlamat dan mementingkan capaian dan sanggup membuat apa-apa sahaja untuk mencapai matlamat walaupun cara yang dijalankan mungkin susah. Berorientasikan hasil juga bermaksud minda  tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar Negara untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Sebagai seorang usahawan, tentulah salah satu motif dalam perniagaan ialah memperoleh hasil yang lumayan. Hasil yang diperolehi boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong seseorang usahawan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya.
Salah seorang usahawan yang telah berjaya pada hari ini adalah A’tikah Ash’ari, seorang pemilik butik tudung jenama Radiusite. Bermula dengan berniaga secara suka-suka semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di tahun ketiga. Ika mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Berbekalkan modal yang kecil sebagai permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Oleh kerana dulu faktor tiada banyak pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi usahawan muda ini untuk berjaya. Lama-kelamaan, jenama tudung ini mula mendapat tempat di hati kebanyakan wanita kerana ramai yang menggemari fesyen tudungnya. Apabila perniagaan tudungnya telah berkembang dan digemari ramai, malah dikenali ramai juga, Ika berniat untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya dan akhirnya beliau menjadi salah seorang usahawan yang berjaya dan berjaya mengaut untung yang banyak walaupun dalam usia beliau yang masih muda. Radiusite kini mempunyai empat cawangan iaitu di Rawang, Johor Bharu, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan nama Malaysia.
A'tikah Ash'ari


2.9 PASUKAN BERORIENTASIKAN (TEAM ORIENTED)
Kerja berpasukan atau pasukan berorientasikan merujuk kepada suasana kerja dalam pasukan yang mengamalkan nilai kerjasama dan saling berganding bahu dalam menjalankan tugas untuk mencapai objektif  yang sama. Berorientasikan pasukan juga bermaksud setiap individu digabungkan menjadi sebuah kumpulan untuk membincangkan dan melaksanakan sebuah matlamat yang sama. Pasukan yang terdiri dari gabungan sebilangan individu yang mempunyai kepakaran, kemahiran, potensi, pengetahuan dan komitmen yang berlainan kepada pasukan dan rela bekerja bersama-sama. Kerjasama dalam kumpulan dapat mengumpulkan idea yang dapat menghasilkan satu projek yang lebih sempurna dan mengurangkan kesalahan.
Usahawan yang mengamalkan konsep ini ialah Larry Page yang merupakan pengasas Google. Beliau adalah CEO Google yang merupakan satu enjin pencari internet yang paling popular dan diketahui oleh seluruh dunia. Pada mulanya, beliau berusaha mencari seorang teman yang mempunyai pengetahuan dalam bidang penerokaan ciri matematik dari World Wide Web. Pada masa itu seorang individu yang bernama Terry Winograd telah membimbing beliau idea-idea yang diberikan oleh Terry Winograd telah menjadi petunjuk pertama untuk memulakan menbina Google. Sementara belajar di Universiti Stanford, beliau menemui seorang yang bernama Sergey Brin, pada mulanya mereka tidak berteman dengan baik kerana pandangan yang berbeza tetapi akhirnya, mereka menjadi teman yang amat rapat kerana mempunyai sebuah topik yang berjaya menarik perhatian mereka.Topik itu adalah mengenai pencarian maklumat dari kumpulan data besar. Sampailah hari ini, Google telah menubuhkan sebuah pasukan yang sempurna untuk menguruskan dan mengembangkan Google. Oleh itu, mempunyai satu pasukan yang mempunyai bakal berlainan adalah sebuah senjata yang baik untuk mendorong ke arah berjaya. Mempunyai teman yang mempunyai matlamat yang sama akan dapat membantu tekanan dan berkongsi tanggungjawab bersama-sama. Pasukan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang atas menghapuskan sifat-sifat negatif.
Ciri kerja berpasukan ini boleh dikaitkan dengan Tan Sri Tony Fernandes iaitu seorang tokoh usahawan Malaysia berketurunan India. Tan Sri Tony Fernandes atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. Pada tahun 2001, Tony Fernandes telah mengambil alih sebuah syarikat melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd. Syarikat tersebut dibebani hutang yang banyak sebanyak RM40 juta dan mempunyai pelbagai rekod buruk. Pada ketika itu, Air Asia hanyalah sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh syarikat DRB-Hicom. Walau bagaimanapun, tindakan Tony Fernandes itu mendapat tentangan ramai orang termasuk pakar-pakar yang menganggap bahawa rancangan perniagaan beliau yang menawarkan harga tiket penerbangan yang murah adalah perniagaan yang membawa kerugian. Namun begitu, beliau tidak mempedulikan anggapan mereka sebaliknya  meneruskan konsep perniagaannya itu. Hal ini dilakukan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan membeli tiket penerbangan dengan harga yang mahal. Berkat usaha dan kegigihannya, Tony Fernandes  berjaya menunaikan impiannya seiring dengan slogan syarikat Air Asia iaitu “Now everyone can fly”. Di bawah kepimpinan beliau juga, perniagaan syarikat penerbangan yang sebelumnya dibebani hutang yang banyak semakin berkembang. Dalam masa hanya kurang daripada 3 tahun sahaja, syarikat Air Asia berjaya meningkatkan daripada hanya dua buah Boeing sederhana 737-300 kepada 30 buah dan kini beroperasi lebih daripada 100 penerbangan domestik dan juga penerbangan antarabangsa setiap hari. Ciri kerja berpasukan ini dikaitkan dengan Tan Sri Tony Fernandes melalui kemampuannya dalam menguruskan keberkesanan tahap pengurusan organisasinya bukan sahaja di dalam negeri bahkan mampu bersaing di peringkat global. Ciri kerja berpasukan amat dititikberatkan pengasas syarikat Air Asia ini sehingga  menggelarkan pekerja-pekerjanya sebagai “AllStars” kerana baginya peranan dan sumbangan pekerja-pekerjanya merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya. Tidak kiralah secanggih mana pun pesawat atau sistem teknologi  yang digunakan oleh Air Asia ianya tidak akan bermakna tanpa pekerja yang menggerakkannya.  Di samping itu, dalam melahirkan pasukan kerja yang berkesan, Tony Fernandes melalui syarikatnya AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah turut mengambil kaedah dengan menubuhkan sebuah Unit Budaya Korporat  yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerjanya. Tan Sri Tony Fernandes pernah berkata bahawa pekerja diutamakan sebelum pelanggannya. Beliau percaya bahawa dengan bekerja dalam suasana kerja yang gembira, pekerja beliau akan menjaga pelanggannya juga. Jadi tidak hairanlah, syarikat tambang murah ini disegani oleh syarikat penerbangan yang lain yang bertaraf antarabangsa. Dengan ini jelaslah bahawa kerja berpasukan melalui pengurusan yang berkualiti dengan kerjasama semua pekerja di semua peringkat sama ada pada peringkat atasan dan bawahan menjamin kejayaan sesebuah perniagaan.


3.0 TOKOH KEUSAHAWANAN YANG BERJAYA


3.1 BIODATA TOKOH DATO ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN

   Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,Kuala Lipis, Pahang. Kini beliau di anugerah sebagai pangakat dato. Beliau juga bapa kepada 3 orang anak dan mempuyai seorang isteri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid. Antara latar belakang beliau ialah beliau pada mulanya telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
         Seterusnya,penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Datang dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik.
          Apabila habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
            Malahan,dengan bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri.
            Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.Pertubuhan awal syarikat D’Herbs Marketing dimana syarikat ini ditubuhkan pada September 2010,syarikat D’Herbs hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Dan kini syarikat ini telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 syarikat ini  telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.
              Pada masa kini, D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat syarikat D’Herbs sehingga ke seluruh dunia.

3.2 CIRI KEUSAHAWANAN YANG TERDAPAT PADA DATO ALIFF SYUKRI

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN
Kejayaan yang dinikmati oleh Dato’ Aliff Syukri sekarang melalui pelbagai dugaan dalam menjalankan perniagaan untuk sampai ke tahap yang cemerlang seperti sekarang. Kegagalannya menjadi titik untuk beliau bangkit meneruskan perniagaan tanpa ada rasa putus asa dalam diri beliau. Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Dato’ Aliff Syukri mula berniaga sejak berusia tujuh tahun ketika tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangat untuk berniaga hadir apabila melihat rakannya membawa wang saku yang agak banyak berbanding diri beliau (http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-jutawan-produk-terlajak-laris.html).
Sejak itu bermulalah rencah kehidupan perniagaan dalam hidupnya. Pengalamannya apabila beliau ingin meluaskan perniagaan dengan lebih berkembang namun modal tiada lalu cuba membuat pinjaman bank. Namun begitu, beliau menerima makian dan herdikan dari pihak bank walaupun Dato’ Aliff Syukri telah susah payah membuat paperwork dalam masa beberapa bulan untuk pinjaman beliau namun usaha beliau tidak dipandang dan dihargai malah pegawai bank sanggup melemparkan paperwork yang beliau usahakan sendiri dengan mengatakan bahawa loan tidak diluluskan (http:tengoktvonline.blogspot.my).
Dato’ Aliff Syukri terkesan diperlakukan sebegitu disebabkan beliau masih mentah, perlukan tanah dan aset barulah pihak bank mahu menerima loan beliau. Selain itu, sedara mara beliau juga memperlekehkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan mengatakan bahawa Dato’ Aliff Syukri takkan berjaya kerana hanya mempunyai pendidikan sampai tahap Sijil Pendidikan Malaysia sehingga beliau dianggap tidak mampu melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah. Namun begitu, beliau tidak berputus asa dan mencari cara untuk menangani masalah yang dihadapi beliau tersebut.
Seterusnya, beliau mendapat sokongan daripada rakan terdekat dengan pelanggan-pelanggan yang pernah mengikuti bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh Dato’ Aliff Syukri dan terangkan kertas kerja yang telah ditolak oleh pihak bank kepada mereka dan ternyata mereka berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat satu jenama dalam meneruskan perniagaannya itu.

 BERORIENTASIKAN HASIL
Dato Aliff Syukri mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaaan. Beliau telah memulakan perniagaan kosmetik sejak dari zaman persekolahan. Beliau telah menjalankan perniagaan dengan menjual jamu di pejabat, rumah ke rumah dan di pasar tani. Beliau telah menggunakan ilmu dan bakat yang ada dalam bidang kosmetik dengan mengadakan bengkel kesihatan dan kecantikan kepada pada setiap hujung minggu. Harga yang dikenakan untuk menyertai bengkel tersebut hanya RM 5 hingga RM10. Beliau seorang yang bijak mengambil peluang dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan semasa bengkel dijalankan. Oleh itu, beliau dapat memperolehi hasil sampingan daripada bengkel yang dijalankan. Hasil dari jaualan dan bengkel tersebut, beliau telah berjaya menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Beliau tidak menitikberatkan prestasi tetapi pada hasil. Hal ini terbukti bahawa hasil akan menjurus kepada prestasi. Seterusnya, beliau telah menggunakan semua simpanan yang ada dengan mengeluarkan produk ciptaan sendiri iaitu gincu kolagen pertama di Malaysia. Produk beliau juga mempunyai tagline ‘Terlajak Laris’yang dilakonkan sendiri oleh beliau dan kini mula dikenali ramai dan memberi kesan terhadap orang ramai. Hal ini demikian, jelas menyatakan bahawa Dato Aliff Syukri seorang yang berorientasikan hasil daripada keuntungan dalam perniagaannya.

 BUDAYA TERBUKA
Dato Aliff Syukri seorang yang terbuka dan mesra bersama pelanggan ketika beliau mempromosikan produk D’Herbs. Beliau mempunyai slogan terhadap produk D’Herbs iaitu ‘Terlajak Laris’ dan beliau sendiri yang berlakonkan dalam iklan yang dibuat. Walaupun slogan tersebut menjadi bahan ejekan oleh orang ramai ,beliau tetap meneruskannya tanpa menghiraukan ejekan tersebut. Dato Aliff Syukri juga tidak kekok untuk memberi motivasi dan berkongsi ilmu perniagaan dengan masyarakat melalui media sosial. Tambahan pula, beliau kini mensasarkan usahawan dengan mengajak orang ramai bersama-sama menjalankan perniagaan dengan D’Herbs dengan membuka perniagaan berkonsepkan butik. Beliau membantu usahawan Melayu seperti golongan berpendapatan rendah dan ibu tunggal untuk menjalankan perniagaan sendiri. Beliau akan membantu usahawan-usahawan ini dari konsep penjenamaan dan promosi. Butik D’Herbs akan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat khidmat nasihat tentang produk D’Herbs. Sebelum ini D’Herbs diperolehi di kedai-kedai jamu, kini D’Herbs boleh diperolehi di butik D’Herbs. Hal ini demikian Dato Aliff Syukri mempunyai ciri budaya terbuka dalam perniagaanya.

 RANGKAIAN
Syarikat D’Herbs berjaya ditubuhkan Dato Aliff pada tahun 2010 dengan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Pada masa itu beliau hanya beroperasi di kedai 2 tingkat dengan pekerja seramai seorang sahaja. Kini Dato Aliff  berjaya mengorak langkah dengan 90 rangkaian produk baharu dan telah  dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Putra Brand Awards 2015’.Anugerah ini adalah anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah jenama tunggal di Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama.  Oleh itu, hakim-hakim Putra Brands Award adalah pengguna-pengguna di kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. Sehingga kini, Dato Aliff mempunyai beberapa anak syarikat seperti Megah Perawan Sdn Bhd yang turut juga menghasilkan dan menjual produk kosmetik. Selain itu, beliau turut menubuhkan syarikat Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan serta membolehkan syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini. Produk D’Herbs bukan sahaja dapat perhatian di dalam negara malah turut menjadi pilihan no 1 di lain-lain negara seperti Singapura dan juga Brunei. Rangkaian produk kosmetik D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’ Herbs) sudah dikenali di seluruh Malaysia bahkan di luar negara.

BERWAWASAN
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman mempunyai wawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Di samping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.
Selain itu, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga sedar bahawa semua bahan mentah untuk produknya haruslah dijamin dengan kualiti yang terbaik. Perkara ini telah menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di dalam Malaysia, malahan Singapura dan juga Brunei.  Istimewanya produk beliau ini adalah bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus berasaskan herba dan murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk D’Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 sahaja di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu dan pusat jualan D’Herbs sendiri. Produk 100% asli tanpa bahan tiruan dan bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan pengguna tidak seharusnya dijual kepada pengguna.
Dato’ Aliff juga merupakan seorang yang berintegriti dengan meletakkan kepercayaan terhadap produknya untuk di pasar kerana dapat melihat produknya itu dapat berkembang dengan lebih jauh meskipun risiko untuk mengalami muflis itu di rasakan ada. Hasil usahanya dan pekerjanya, produk ini telah mendapat tempat di mata masyarakat. Beliau juga telah membawa nama produk ini ke seluruh Malaysia dengan jayanya kerana produk ini memberikan kesan yang memuaskan hati pelanggannya. Pelanggan beliau telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap produk keluarannya di samping tagline yang di gunakan juga menarik perhatian pelanggan.
Sebagai seorang usahawan yang berjaya Dato’ Aliff juga percaya bahawa andai ingin memulakan sesebuah perniagaan dari bawah kita perlu berupaya untuk belajar dari kesilapan yang lepas. Pada setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja samada swasta mahupun kerajaan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik bagi beliau untuk menjual produknya sendiri. Beliau membuat percaturan yang salah apabila beliau cuba membuat pinjaman di bank dan malangnya pinjaman yang dimohon ditolak mentah-mentah oleh pegawai bank. Tetapi beliau tidak putus asa.beliau mengambil inisiatif lain dengan memberitahu hajatnya kepada rakan-rakan yang beliau ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama mereka. Rakan-rakan beliau berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat satu jenama. Wang yang dilaburkan bersama-sama, beliau jadikan sebagai modal awal dan digabungkan dengan perniagaan pasar tani beliau dua tahun dahulu sebanyak RM 100000.
Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya sikap berpandangan jauh perlu diterapkan dalam diri seorang usahawan. Memiliki wawasan yang jauh kehadapan melihat apa yang tak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dapat dijangka kepada orang lain. Mempunyai perancangan yang banyak dalam melaksanakan sesuatu strategi. Dato’ Aliff berharap dapat mengembangkan jenama D’Herbs sebagai satu jenama global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi pilihan kepada para pengguna.


4.0 KESIMPULAN      
Setelah menyiapkan tugasan ini, apa yang dapat disimpulkan ialah individu yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini mempunyai pelbagai kelebihan dengan mendidik diri mereka untuk menjadi seorang berkeupayaan menjalankan sesuatu kerja dengan efektif dan efisien. Individu ini juga mampu menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa dari segi pengurusan sesebuah perniagaan.
            Selain itu, individu ini memiliki buah fikiran dan akal untuk membuat penambahbaikan dalam produk mereka. Mereka membuat sentiasa melakukan inovasi dalam perniagaan mereka. Mereka akan sentiasa mencuba sesuatu yang baharu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Belajar daripada kesilapan yang telah di lakukan juga adalah salah satu sifat yang sangat di kagumi setelah memperoleh kejayaan dalam perniagaan yang diceburi oleh usahawan.
            Seterusnya, mereka juga mempunyai etika dalam mencipta sesuatu produk untuk dipasarkan kepada pelanggan. Mereka akan melakukan kajian tentang bahan yang akan mereka gunakan. Mereka juga akan memastikkan yang produk yang mereka hasilkan adalah 100% asli tanpa bahan tiruan dan kimia. Individu ini juga mempunyai pelbagai cara bagaimana mereka ingin memasarkan produk mereka supaya diterima masyrakat. Seterusnya menaikan lagi produk mereka ke arah global.
            Akhir sekali, bidang keusahawanan ini merupakan satu bidang kerja yang patut individu sekarang ceburi. Bidang keusahwanan ini mampu berikan pelbagai manfaat yang mana boleh membantu meningkat pendapatan ekonomi masyarakat dan negara seterusnya dapat mengurangkan kadar pengganguran dan masalah sosial.